Tuesday, 29 July 2014

SEKELUARGA (kecuali Along) DI AIRPORT K. TERENGGANU




Dari kiri : Umi Sofiah, Fatin , Ayah Waad , Sumaiyah, Angah dan Anis

Ini gambar kami sekeluarga , kecuali Along takde, di airport Kuala Terengganu kerana menghantar Abang Did dan Kak Rahimah pulang ke KL.

Ini pertama kali kami menjejak kaki kesini (Jun 2013). Lepas ni tak tau bila lagi. Ini juga adalah kali terakhir dapat bergambar dan berbual dengan Kak 'ipar' Rahimah. Beberapa bulan selepas itu dia pun meninggal dunia. Inna lillah.....

Terengganu adalah bandar peranginan yang cantik. Banyak tempat yang menarik, istimewa pantainya.
Insya Allah ada rezeki nak datang lagi , nak bawa anak yang ke 6 sekali! Hehe...


Friday, 6 December 2013

AYAH DI TEMPAT KERJA




Ayah ditempat kerja. Iaitu di kaunter tiket KTMB Klang. Ayah kerja syif iaitu 0530 -1400 dan 1400-2300. Tempat tinggal kami (kuarters) tidak jauh dari tempat kerja kira -kira 5 minit je dari tempat kerja. Kadang-kadang ayah kena pergi juga (relief) ketempat lain seperti Shah Alam atau Padang Jawa. Mula masuk kerja pada 1, Jun 1995. Hingga kini tahun 2013, bermacam -macam hal telah dilalui. Moga ayah akan terus sihat untuk memikul tanggungjawab ini.

KENDERAAN KELUARGA




Ini kenderaan keluarga kami, Nisaan Serena tahun 1997. Di beli pada tahun 2010 dengan harga RM 21 ribu. Pada tahun 2012 enjin nya telah ditukar dengan enjin tahun 2005. Bengkal Atan adalah bengkel tetap kenderaan ini. Ke Perlis , Kedah, Terengganu , Melaka, semua telah dijelajahinya. Syukur kerana adanya dia. Moga umurnya masih panjang lagi.






ADIK PERGI SEKOLAH


Ini adik ,pagi-pagi hendak pergi sekolah. Adik seorang pengawas di sekolahnya, iaitu Sekolah Islam Al Farabi. Pagi-pagi adik tak selera sarapan , makan sikit je. Mulai tahun 2014 adik seorang saja sekolah di Al Farabi kerana Fatin akan mula bersekolah di Sekolah Agama Sungai Bertik. Takpe, adik kan dah besar!


ADIK MENGHAFAL AL QURAN


Ini adik di hadapan madrasah Hirah tempat ia belajar mengaji dan menghafal Al Quran. Adik mula masuk sini semasa darjah 3 iaitu tahun 2012. Kini (2013, Disember) adik telah boleh membaca sendiri dan menghafal beberapa surah. Surah yasin pun dah hafal. Adik rajin dan suka pergi mengaji.

           Madrasah ni tak mengambil sebarang yuran. Ia dimiliki atau diuruskan oleh jemaah India Muslim Klang. Semoga adik akan terus rajin dan selesai menghafal 30 juzuk.


Monday, 2 December 2013

AYAH dan ADIK di Terengganu...



Di tepi pantai di Terengganu berdekatan Wakaf Tengah. Pada kira2 bulan Jun 2013. Sempena hari perkahwinan Najmi anak cik Jalit.

      Angah juga pada masa ini masih di Unisza, dan masih dalam tahun pertama. Tinggal di hostel dalam kampus. Bermula tahun kedua Angah mula tinggal di luar kampus, rumah sewa.

     Lihatlah pemandangan pantai di situ yang amat  cantik dan damai. Insya Allah kami akan datang lagi....
     

AYAH, UMI DAN ADIK....



Ayah , Umi dan Adik pada tahun 2012. Semasa menghadiri majlis perkahwinan Syafiq anak cik Ramli, di Dewan Felda, KL.