Ayah ditempat kerja. Iaitu di kaunter tiket KTMB Klang. Ayah kerja syif iaitu 0530 -1400 dan 1400-2300. Tempat tinggal kami (kuarters) tidak jauh dari tempat kerja kira -kira 5 minit je dari tempat kerja. Kadang-kadang ayah kena pergi juga (relief) ketempat lain seperti Shah Alam atau Padang Jawa. Mula masuk kerja pada 1, Jun 1995. Hingga kini tahun 2013, bermacam -macam hal telah dilalui. Moga ayah akan terus sihat untuk memikul tanggungjawab ini.
Ini kenderaan keluarga kami, Nisaan Serena tahun 1997. Di beli pada tahun 2010 dengan harga RM 21 ribu. Pada tahun 2012 enjin nya telah ditukar dengan enjin tahun 2005. Bengkal Atan adalah bengkel tetap kenderaan ini. Ke Perlis , Kedah, Terengganu , Melaka, semua telah dijelajahinya. Syukur kerana adanya dia. Moga umurnya masih panjang lagi.
Ini adik ,pagi-pagi hendak pergi sekolah. Adik seorang pengawas di sekolahnya, iaitu Sekolah Islam Al Farabi. Pagi-pagi adik tak selera sarapan , makan sikit je. Mulai tahun 2014 adik seorang saja sekolah di Al Farabi kerana Fatin akan mula bersekolah di Sekolah Agama Sungai Bertik. Takpe, adik kan dah besar!
Ini adik di hadapan madrasah Hirah tempat ia belajar mengaji dan menghafal Al Quran. Adik mula masuk sini semasa darjah 3 iaitu tahun 2012. Kini (2013, Disember) adik telah boleh membaca sendiri dan menghafal beberapa surah. Surah yasin pun dah hafal. Adik rajin dan suka pergi mengaji.
Madrasah ni tak mengambil sebarang yuran. Ia dimiliki atau diuruskan oleh jemaah India Muslim Klang. Semoga adik akan terus rajin dan selesai menghafal 30 juzuk.
Di tepi pantai di Terengganu berdekatan Wakaf Tengah. Pada kira2 bulan Jun 2013. Sempena hari perkahwinan Najmi anak cik Jalit.
Angah juga pada masa ini masih di Unisza, dan masih dalam tahun pertama. Tinggal di hostel dalam kampus. Bermula tahun kedua Angah mula tinggal di luar kampus, rumah sewa.
Lihatlah pemandangan pantai di situ yang amat cantik dan damai. Insya Allah kami akan datang lagi....
Ayah , Umi dan Adik pada tahun 2012.
Semasa menghadiri majlis perkahwinan Syafiq anak cik Ramli, di Dewan Felda, KL.